Followers

Resepi Kimchi

Assalammualaikum..

Anneyong haseyo!!

Aku ni boleh dikatakan peminat tegar Korea. Family dan rakan terdekat semua tahu yg aku memang minat Korea. Tv kt rumah ni kalau aku yg da pegang remote astro memang rancangan Korea je la cuma aku bukan peminat K-pop tegar. Aku lebih minat layan drama dan variety show dorang. Sebab utama aku suka layan Korea ni sebab makanan dia. Aku tak tahu samada aku je atau orang lain pun rasa, tapi setiap kali aku tgk drama/variety show dorang aku mesti jadi lapar. haha! :')

Kalau korang peminat drama/variety show Korea, mesti korang tahu makanan yang wajib ada dalam hidangan mereka ialah Kimchi. Kimchi ni adalah Kubis panjang yang dijeruk dan di jadikan side dish atau dibuat hidangan lain (next time aku share resepi lain yg menggunakan Kimchi). Kalau korang search kt google pelbagai cara dorg buat Kimchi tapi resepi kali ni aku tak ikut kt mana2 resepi kt internet tapi aku ambil dari variety show Family Outing. Yang paling penting ada satu bahan yg tak akan jumpa kat resepi di internet. 

Baki stok Kimchi kat uma..aritu penuh tapi lupa nk ambik gmbar..


Bahan-bahan :
2 biji? Kubis Panjang sederhana besar 
1 biji   Lobak Putih
1 biji   Buah Pear
1 genggam (agak2) Daun bawang yg kecil2
5 cm   Halia
4 ulas  Bawang Putih
2 Tbs  Sos Ikan
3 Tbs  Cencalok
Serbuk Cili
Starch
Gula
Garam

Cara Penyediaan :
1. Belah memanjang kubis kepada 2 bahagian. Bersihkan dan lumur dengan garam. Fokuskan di bahagian batang kubis. Masukkan ke dalam bekas dan biar kan semalaman di dalam suhu bilik.
2. Setelah semalaman, rasa kubis jika sudah masin boleh la di cuci dan perah kemudian letak di saringan supaya betul2 kering (air di kubis boleh mempengaruhi ketahanan kimchi).
3. Cincang/parut halia dan bawang putih. Hiris/parut memanjang lobak putih dan buah pear. Potong panjang2 daun bawang.
4. Untuk Starch, 1cup tepung gandum/tepung ubi, 3cup air dan 1/2 cup gula. Masak di atas api sederhana sehingga pekat seperti gam.
5. Campurkan bahan di langkah 3&4 bersama-sama dengan cencalok dan sos ikan. Masukkan sedikit demi sedikit serbuk cili sehingga mencapai kepedasan yang diinginkan. Gaul rata.
6. Ambil kubis dan sapukan sos dicelah-celah setiap daun kubis. Lipat kubis supaya semua sos meresap ke dalam kubis.
7. Simpan di dalam bekas dan biarkan semalaman di dalam suhu bilik kemudian baru di masukkan ke dalam peti ais jika mahu digunakan dalam tempoh masa yg lama. 

Kimchi yang di simpan di dalam suhu bilik boleh bertahan selama 2minggu manakala kimchi yg di simpan di dalam peti ais boleh bertahan sehingga 2 bulan. Selamat mencuba :) 

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

LIKE LAH JANGAN MALU :p

0 tiNdakBaLaS:

Post a Comment

♥♥SILA2 LA KOMEN♥♥
♥~Pandangan Anda Sangat diHargai..:)
♥~Sharing is Caring ^__^