Followers

Jujur

Assalammualaikum W.B.T

hai!

Walaupun sebelum ni aku janji nak post resepi-resepi tapi keghairahan terbantut. Nak tahu kenapa?! FON AKU HILANG!!! Alahai macam separuh jiwa ku pergi~~ peristiwa ni berlaku pada 23 Januari 2013 hari tu. Aku akui silap sendiri sebab aku cuai sangat. Tapi kalau lah orang yang jumpa fon aku tu jujur, mesti fon  tu aku dapat balik kn.

Hairan kan, walaupun kita jujur dalam kehidupan kita tapi belum tentu orang akan jujur dengan kita. Rasa kesal pun ada juga. Setiap kali kita buat sesuatu, kita ikhlas kan hati dan kata semoga orang akan buat perkara yang sama pada aku. Tapi itulah namanya takdir, jujur macamana pun kita belum tentu akan di balas dengan kejujuran juga kn.

Sesetengah orang kalau ditimpa nasib seperti aku mungkin akan mendoakan orang yang mencuri tu dengan contoh seperti " tak aman hidup dia", "semoga dia di timpa...." dan sebagainya. But for me, aku x akan kata macam tu. Mungkin aku memang x akan halal kan apa yg dia buat cuma aku x akan doa dia ditimpa sesuatu. sebab walaupun dia ditimpa apa-apa, fon tu bukan aku boleh dapat balik.

Cuma aku x tahu la kenapa orang-orang mcm ni pentingkan diri. Mungkin dorang memerlukan duit, tapi dorang xfikir mungkin di dalam fon yg dicuri tu ada no.tel, alamat, maklumat-maklumat penting dan kemungkinan precious moment orang tu dengan insan tersayang yang mungkin sudah meninggal dunia yg x mungkin akan bertemu lagi.

Semakin hari aku semakin takut dengan negara sendiri. Kalau di negara sendiri pun x rasa selamat ke mana lagi hendak dituju????!!
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

LIKE LAH JANGAN MALU :p

0 tiNdakBaLaS:

Post a Comment

♥♥SILA2 LA KOMEN♥♥
♥~Pandangan Anda Sangat diHargai..:)
♥~Sharing is Caring ^__^