Followers

Resepi Wantan Ho

Assalammualaikum W.B.T

Hai!

Seperti yang aku janji sebelum ni, hari ni aku nak share resepi. Wantan Ho lebih kurang macam kuey teow basah tapi yang lainnya sebab kuah dia ada telur. Kalau kat Sabah pegi mana2 restoran biasanya mesti ada jual menu ni. Tapi kalau kt Semenanjung ni aku xtaw restoran Melayu ada atau tak sebab aku x pernah jumpa lagi. Tapi haritu aku ada nampak menu ni kt Restoran Mohd Chan. Resepi dia senang je so pada sesiapa yang nak try ayuh!



Bahan-bahan2 :

Kuey teow
Isi Ayam (di hiris)
Sayur Sawi
Telur
Bawang Putih (di cincang)
Halia (Di hiris)
Garam
Perasa (optional)
Serbuk Lada Sulah
Minyak Masak
Minyak Bijan (optional)
Tepung Kanji
Air
* Aku x letak sukatan bahan sebab masakan ni xperlu ikut sukatan yang tepat. Ikut anggaran sendiri mengikut citarasa masing2.

Cara Penyediaan :
Kuey teow:
1. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak (anggaran sekadar untuk membasahkan kuali)
2. Goreng Kuey teow dan campurkan sedikit minyak bijan ( 3-4 titik mengikut jumlah kuey teow). Goreng sehingga kuey teow lembut dan berkerak keperang2an. Angkat dan asingkan.

Kuah :
1. Menggunakan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak dan tumis bawah putih dan halia. Kemudian masukkan ayam. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan air mengikut anggaran banyak kuey teow.
3. Masukkan garam, lada sulah dan perasa mengikut citarasa. gaul rata dan biar sehingga mendidih kemudian masukkan sayur.
4. Pukul telur kemudian masukkan ke dalam kuah sambil menggaul supaya telur menjadi seperti benang benang halus.
5. Bancuh tepung kanji (1-2 sudu) dengan air kemudian campur kan ke dalam kuah. gaul sehingga kuah menjadi pekat. Matikan api.

Cara menghidang :
Masukkan kuey teow ke dalam pinggan kemudian kuah di tuang di atasnya. Sedia untuk di hidang :)

Selamat Mencuba :)



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

LIKE LAH JANGAN MALU :p

0 tiNdakBaLaS:

Post a Comment

♥♥SILA2 LA KOMEN♥♥
♥~Pandangan Anda Sangat diHargai..:)
♥~Sharing is Caring ^__^